




|
AUDIO CD’s |
|
E-Books |
|
BOOKS |



|
Sinopsis Buat pertama kalinya, koleksi peribadi artikel kesedaran diri oleh pengarang buku “Awareness Series: Book 1: The Seven Basic Laws Of Nature” dan “Awareness Series: Book 2: Living The Truth” telah dikumpul dan dibukukan. Artikel-artikel yang mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai kesedaran diri ini; juga mengandungi pengalaman-pengalaman peribadi pengarang. Kombinasi penerangan berserta dengan pengalaman pengarang menjadikan buku ini unik. Ia merangkumi pelbagai topik berkenaan dengan kesedaran diri seperti minda, cara menggunakan minda, menetapkan matlamat hidup, konsentrasi, menghadapi halangan, mengambil risiko, disiplin, dan macam-macam lagi. Topik undang-undang alam semesta dan cara-cara mudah untuk merehatkan minda juga dirangkumi secara amnya dalam buku ini. Artikel-artikel ini ditulis untuk membantu pembaca menaikkan tahap kesedaran diri dan seterusnya mencapai kejayaan yang diingini dalam hidup. Semoga anda berjaya!
Kandungan ~KATA PENGANTAR ~ARTIKEL 1: MINDA ~ARTIKEL 2: MINDA KECIL, SEDERHANA DAN HEBAT ~ARTIKEL 3: UNDANG-UNDANG ALAM SEMESTA ~ARTIKEL 4: CARA MENGGUNAKAN MINDA DENGAN BETUL ~ARTIKEL 5: “GOAL SETTING” (MENETAPKAN MATLAMAT) YANG TEPAT DAN LENGKAP ~ARTIKEL 6: KONSENTRASI ~ARTIKEL 7: DISIPLIN ~ARTIKEL 8: HALANGAN (“OBSTACLES”) ~ARTIKEL 9: MEMAHAMI DAN MENGHADAPI HALANGAN ~ARTIKEL 10: MATLAMAT, RISIKO, KEGAGALAN DAN KEMENANGAN ~ARTIKEL 11: MUSIM MENANAM DAN MUSIM MENUAI ~ARTIKEL 12: MEREHATKAN MINDA ~ARTIKEL 13: ANDA DAN WANG ~ARTIKEL 14: RISIKO DAN PERASAAN TAKUT ~KESIMPULAN ~PERIHAL PENGARANG ~PERIHAL PENERBIT |
|
Kata Pengantar
Semenjak kecil lagi, saya amat terpesona melihat dan juga membaca kisah-kisah tentang mereka yang telah mencapai kejayaan dalam hidup. Kebanyakan masanya, apabila disebut sahaja “kejayaan”, ia biasanya dilihat dari segi kewangan dan harta benda. Tetapi untuk saya, maksud “kejayaan” yang sebenarnya, adalah bukan sahaja dari segi kewangan dan harta benda sahaja tetapi juga merangkumi kebahagiaan dan kesihatan diri serta keluarga. Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Pada usia yang muda, saya memulakan perniagaan saya dalam bidang perisian komputer (software). Pada ketika itu, tiada kursus-kursus mengenai perisian komputer. Maka, saya terpaksa mempelajarinya dengan sendiri menggunakan buku-buku. Walaupun serba kekurangan, saya berjaya mengembangkan perniagaan saya dan menulis beberapa perisian komputer yang masih digunakan sehingga kini. Kemudiannya, saya menceburi bidang membekalkan alat-alat keselamatan dan kesihatan pekerja. Kejayaan dalam bidang ini seterusnya memberikan saya idea untuk mengendalikan kursus-kursus keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerja kilang. Dari sini, timbul idea untuk membuat kursus kesedaran dan motivasi mengenai undang-undang alam semesta dan juga bagaimana untuk maju dalam hidup. Kini telah lebih sepuluh tahun saya melibatkan diri dalam membuat kursus-kursus ini. Pada waktu ini saya menghabiskan masa dengan menulis, memberi kursus motivasi dan kesedaran peribadi (one to one personal coaching) dan juga melabur dalam pasaran modal. Berpandukan perenggan di atas, adalah amat mudah untuk membuat kesimpulan bahawa saya mencapai kejayaan dalam hidup saya dengan mudah. Namun begitu hanya segelintir yang tahu akan masalah-masalah dan juga kesusahan yang saya hadapi sebelum berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Ilmu yang saya pelajari dari alam semesta, lebih-lebih lagi ketika menghadapi kesukaran, telah banyak membantu membentuk keperibadian saya yang sanggup menempuh cabaran hidup. “Siri Kesedaran: Koleksi Artikel Kesedaran Diri” ini mengandungi sedikit sebanyak penerangan serta pengalaman saya dalam usaha saya mencapai kejayaan dalam hidup. Harapan saya ialah, dengan artikel-artikel ini, anda dapat mengecapi kejayaan anda dengan cepat. Ini adalah kerana anda tidak perlu mengulangi kesilapan-kesilapan saya dahulu yang kadang-kalanya boleh mengambil masa yang lama untuk diperbetulkan. Pada mulanya, artikel-artikel in ditulis khas untuk peserta-peserta kursus saya; tetapi sekarang, ia telah diubahsuai supaya ia boleh dibaca dan difahami oleh orang ramai secara amnya. Sila baca buku ini dengan membayangkan seperti seseorang sedang bercakap kepada anda. Dengan cara ini, pemahaman akan menjadi lebih mudah. Kepercayaan anda kepada keupayaan diri anda sendiri dan Pencipta adalah asas kukuh yang sangat diperlukan sebelum dan semasa pengembaraan anda mencari kejayaan. Semoga anda berjaya!
Teknikal Tajuk: SIRI KESEDARAN: KOLEKSI ARTIKEL KESEDARAN DIRI Penerbit: Mutiara Power Packed Training Programs Saiz: lebih kurang: (P) 21.5cm; (L) 15.2cm Mukasurat: 139 Hakcipta: Copyright © 2005 Mutiara Power Packed Training Programs Nombor ISBN: ISBN 13: 978-983-40758-2-8 ISBN 10: 983-40758-2-0 Diterbitkan Di: Kuala Lumpur, Malaysia
Boleh Didapati di... |
